Pengenalan

Jamboree On The Air, atau ringkasnya JOTA adalah satu aktiviti komunikasi Pengakap menggunakan radio amatur. JOTA Dunia, yang diadakan setiap tahun dalam bulan Oktober, disertai hampir 700,000 pengakap (angka pada tahun 2009). Ianya merupakan perhimpunan terbesar para pengakap pada setiap tahun.

Sejak tahun 1958, JOTA Dunia diadakan setiap tahun selama 2 hari iaitu pada hujung minggu lengkap kedua dalam bulan Oktober.

JOTA APR atau lebih dikenali sebagai APR Air Jamboree pula diadakan setiap hujung minggu pertama bulan Ogos sejak tahun 2005. Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 2010 iaitu APR AJ ke 6

Malaysia mempunyai JOTA Kebangsaan sendiri yang diadakan sejak 2008 pada setiap hujung minggu pertengahan bulan Mei.

Matlamat Jangka Panjang

Matlamat jangka panjang program ini antara lainnya:

  • Melahirkan Pengakap yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang komunikasi radio.

  • Mempunyai pasukan Pengakap yang berkemahiran dan Selalu Sedia untuk membantu kerja-kerja sukarela dalam bidang komunikasi terutama ketika bencana.

  • Memastikan penyertaan aktif Pengakap Malaysia dalam JOTA setiap tahun.

  • Menaikkan imej Pengakap Malaysia pada pandangan mata masyarakat dunia.